feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

7 Tips Mudah Menarik Minat Pembaca ...

Labels: , , , ,


Setiap hari kita memerlukan idea dan buah pemikiran untuk menulis di halaman blog kita. Setiap hasil kerja penulisan kita memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada kita seorang yang benar-benar berilmu ataupun hanya sekadar sembang kosong sahaja.

Namun, menulis di blog bukanlah suatu yang senang. Menulis memang senang, namun memastikan apa yang ditulis benar-benar berkualiti sememangnya bukan mudah. Pengalaman dan pembacaan memainkan peranan penting dalam membantu kita mencurahkan idea berilmu di blog kita. Antara panduan yang boleh diikuti untuk menarik minat pembaca adalah :

  1. Perkongsian maklumat yang menjawab persoalan kebanyakan pembaca. Ini dapat membantu mempromosi kredibiliti seseorang penulis. Contoh : Cara-cara menarik trafik ke blog.
  2. Memulakan tajuk atau topik penulisan dengan teknik persoalan. Ia mampu membuatkan pembaca ternanti-nanti penyelesaian bagi persoalan yang diajukan pada awalnya. Contoh : Apakah yang membuatkan perniagaan online berjaya?
  3. Topik yang terkini dan menjadi buah mulut semua golongan pembaca. Ini terbukti dapat menarik ramai pembaca yang sememangnya tercari-cari perkembangan terbaru sesuatu perkara. Contoh : Trend perniagaan internet 2010.
  4. Memulakan topik perbincangan. Ini dapat menarik pembaca untuk menyertai sesuatu perbincangan sambil bebas menyatakan idea masing-masing. Contoh : Apa pendapat anda tentang produk ini?
  5. Mengelolakan pertandingan. Tidak perlu menyediakan hadiah-hadiah yang terlalu mahal namun cukup sekadar dapat memberi kepuasan kepada pembaca-pembaca yang menyertai. Contoh : Idea perniagaan terbaik 2010. Selain itu, ia juga boleh dipraktikkan kepada teknik #4 di atas yang mana mereka yang memberi komen terbaik akan mendapat saguhati.
  6. Penulisan yang ringkas tetapi padat. Pembaca mungkin mempunyai masa yang terhad untuk mendapatkan sesuatu info, jadi artikel yang menjawab persoalan, memberi fakta tepat dan ringkas menjadi pilihan mereka. Contoh : Panduan ringkas memilih produk digital yang berkualiti.
  7. Penulisan dalam bentuk "point", "graphic", "mind-mapping", "bold" dan berturutan. Pembaca kini lebih tertarik kepada nilai kreatif seseorang penulis terutama dari segi penyampaian. Info yang disampaikan menerusi elemen-elemen seperti diatas dapat memudahkan pemahaman sesuatu topik dengan memberi penekanan kepada isi-isi yang penting. Selain itu, penggunaan nombor turutan juga dapat membantu mengurangkan bebanan pembaca memahami setiap langkah dan keutamaan sesuatu perkara. Contoh : Carta perkembangan populasi Malaysia 2009, 7 langkah mengatasi stress.
Terdapat banyak lagi cara yang boleh dimanfaatkan untuk menjadikan penulisan kita sesuatu yang dinanti-nantikan oleh pembaca. Topik ini akan dikembangkan di penulisan yang akan datang.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails